Thursday, April 19, 2012

jom pakat cek hati






     hati-hati menjaga hati,jangan mudah termakan hati,jauhi hati dari menyakiti hati sang empunye hati yang lain. banyak kot simpulan bahasa melayu yang menggunakan perkataan hati contohnya baik hati,berat hati,ada hati,
buta hati,iri hati n bla bla  bla......

    hati ni amat susah untuk dijaga "betol ke?" yer betol la buat ape nak tipu-tipu pulak...ada yang mengatakan bahawa menjaga hati ni super berat dan sukar daripada menjaga sebiji dunia.
    "ish tapi takkan r sampai camtu sekali,jaoh amat kot buat perbandingan jaga hati dengan jaga dunia..."
     sah-sah la jaoh hati tu duduk kat dalam diri kita and kita ni duduk di dunia...

    sabda rasulluallah S.W.A yang bermaksud tidak akan masok sorga jike dlm hati seseorg e2mempunyai rase sombong walau sedikit pon... ya Allah gara-gara sombong yang sedikit bertapa di dalam hati boleh membawa kita ke neraka...nauzubillah...

    actually memang banyakla jenis-jenis penyakit hati ni kan kalau nak citer satu-satu memang tak habis, contoh-contoh penyakit hati yang 'femes' cm riak,takabur,hasad dengki,iri hati,sombong dan macam-macam lagi la...

    memang...untuk menjaga hati ni amat-amatlah payah,kite memerlukan ilmu untuk menjinakkannya.

'ilmu? ape ilmu tu?' ilmu itu adalah ilmu tasawuf yang membincangkan tentang cara menyucikan hati dari segala macam penyakit, dan mendidik nafsu serta akal supaya dapat membentuk akhlak mulia dalam diri seseorang.

    untuk menjaga hati jugak perlulah kita sentiasa mengikhlaskan diri kerana Allah taala dalam apa jua kerja yang kita lakukan,selain itu ibadah-ibadah yang wajib perlu dijaga dan yang sunat perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa (menjaga hubungan dengan Allah),lain-lain pulak perlulah kita sentiasa bersangka baik dengan orang lain dan lupa-lupakanlah kebaikkan-kebaikkan yang kita pernah buat untuk orang lain dan ingat-ingatkanlah kebaikkan orang sekeliling kepada kita (menjaga hubungan dengan manusia). insyaAllah dengan cara ni jugak dapat menjauhkan kita dari menjadi seorang yang berpenyakit (penyakit hati).... ^_^

No comments:

Post a Comment